Arsenal teruskan amukan di EPL

Arsenal teruskan amukan di EPL

BARISAN pemain Arsenal cuba menghalang gerakan pemain Newcastle United, Bruno Guimaraes dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium Emirates semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal kembali meneruskan rentak kegemilangannya untuk merancakkan tangga teratas saingan Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Newcastle 4-1 dalam merapatkan jurang dua mata di belakang pendahulu, Li­verpool.

Arsenal cemerlang mengambil peluang situasi bola mati memaksa Sven Botman menjaringkan gol ke gawangnya sendiri sebelum Kai Havertz, Jakub Kiwior dan Bukayo Saka mencetak nama sebagai penjaring membolosi kubu Newcastle.

Pengendali The Gunners, Mikel Arteta menyatakan pasukannya berhak mengambil tiga mata penuh yang menyaksikan anak-anak buahnya menguasai permainan sejak mula wisel ditiupkan.

“Kami meneruskan cara yang sama, kekalkan rentak dan sangat menyeronokkan bagi saya melihat gaya permainan mereka.

“Saya akui, pemain beraksi dengan baik dan berada di tahap agresif tinggi serta wajib membawa tiga mata pulang selepas perlawanan,” katanya.

Gol saguhati lawan menyaksikan sentuhan Jie Willock menjaringkan pada minit akhir permainan sebelum wisel penamat sekali gus mengekalkan Newcastle kekal di tangga kelapan liga.

Arsenal berada dalam rentak terbaik meneruskan kempen liga, satu mata di belakang Manchester City dengan musim hanya berbaki 12 perlawanan lagi untuk merebut gelaran.

The Gunners meneruskan misi mereka menjulang piala liga pertama mereka sejak 20 tahun lalu setelah kecewa di pintas Manchester City pada saat akhir musim lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×