Penyebaran Nota Diplomatik Kerajaan Maghribi disiasat

Penyebaran Nota Diplomatik Kerajaan Maghribi disiasat

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menjalankan siasatan berhubung penyebaran salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan polis dibuat oleh Pegawai Tadbir Diplomatik, Kementerian Luar Negeri di Balai Polis Melaka Tengah pada 22 Februari lalu.

Kata beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

“Polis sudah mengambil keterangan pengadu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semalam.

“Saksi-saksi yang lain akan dikenal pasti sejurus selepas keterangan pengadu diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Luar membuat laporan polis berhubung penyebaran salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit yang diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Rabat.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung penyebaran berkenaan.

“Kementerian ini akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam proses ini.

“Hasil siasatan dalaman oleh kementerian ini mendapati bahawa penyebaran itu bukan berpunca daripada pihak dalaman,” katanya.

Terdahulu, tular satu surat dari Kerajaan Maghribi berkaitan penjelasan mengenai lelaki mendakwa warganegaranya dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×