Guru Singapura tidak beri pandangan peribadi isu Israel-Hamas

Guru Singapura tidak beri pandangan peribadi isu Israel-Hamas

PEJABAT Kementerian Pendidikan Singapura.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan Singapura (MOE) menegaskan guru-guru tidak memberikan pandangan peribadi atau membela kepentingan mana-mana pihak ketika menjawab kebimbangan dalam talian tentang bahan yang diajar oleh sekolah mengenai perang Israel-Hamas.

Bagi pelajar yang lebih muda, pelajaran tersebut ditekankan untuk mengasah empati terhadap mangsa konflik manakala bahan pengajaran untuk pelajar remaja pula tertumpu pada pengesahan sumber maklumat dan menghargai kepelbagaian dalam perspektif.

Kenyataan itu dibuat selepas banyak siaran di saluran media sosial menyuarakan kebimbangan mengenai perkara yang diajar oleh sekolah kepada pelajar tentang konflik di Gaza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara lain, siaran itu mendakwa naratif yang disampaikan kepada pelajar tidak neutral atau objektif kerana hanya merangkumi peristiwa dari 7 Oktober lalu tanpa memberikan konteks sejarah konflik yang lebih meluas antara Israel dan Palestin yang sudah bermula kira-kira tujuh dekad lalu.

Ada juga yang mengatakan guru tidak dibenarkan memberi input lanjut dalam pelajaran melebihi apa yang ditetapkan kepada mereka.

Menurut portal TODAY, topik mengenai konflik Israel-Hamas dimasukkan dalam subjek Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan mulai Februari tahun ini.

Intipati pelajaran itu termasuk ringkasan satu halaman tentang beberapa peristiwa penting konflik Israel-Palestin sejak 1940-an.

Menjawab pertanyaan daripada TODAY, MOE berkata, subjek itu meliputi perbincangan mengenai pelbagai isu kontemporari perkauman, kesejahteraan mental serta peristiwa global seperti perang Russia-Ukraine dan konflik Israel-Hamas.

Jelas kementerian itu, pengajaran mengenai konflik Israel-Hamas bertujuan untuk memberi ruang selamat kepada pelajar memahami situasi yang kompleks disamping mengembangkan pandangan mereka sendiri.

Katanya, para pelajar juga diajar untuk menghargai pelbagai perspektif yang terlibat, memahami maklumat tentang isu itu dan memahami situasi dari perspektif Singapura, termasuk keperluan untuk memelihara perpaduan dan keharmonian negara.

“Guru-guru juga dilatih menggunakan kaedah yang sesuai dengan umur untuk membantu pelajar dari peringkat berbeza di sekolah rendah atas hingga pra-universiti menghargai dimensi isu yang berbeza.

“Dalam menjalankan pelajaran ini, guru kami tidak mengenakan pandangan peribadi mereka kepada pelajar, mahupun membela kepentingan mana-mana pihak tertentu yang terlibat dalam konflik.

“Guru kami juga menyemak tentang kesejahteraan emosi pelajar kami dan mengenal pasti mereka yang mungkin memerlukan sokongan yang lebih besar. Kami tidak meninjau pelajar mengenai kepercayaan mereka,” kata MOE dipetik Channel News Asia (CNA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini