Bomba selamat wanita cedera di Gunung Datuk - Utusan Malaysia

Bomba selamat wanita cedera di Gunung Datuk

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU:  Pasukan bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk membawa keluar seorang wanita yang cedera ketika beriadah di Gunung Datuk, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota diketuai Pegawai Bomba, Mohd Iskandar Usman dikejarkan ke Gunung Datuk sebaik menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada pukul 6.44 petang tadi.

“Sebaik tiba, seorang wanita berusia 49 tahun cedera di bahagian pergelangan kaki dan jarak  kaki gunung dengan mangsa ditemui adalah kira-kira 500 meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan bomba bergilir-gilir memapah wanita itu turun ke kaki gunung. Mangsa selamat tiba ada pukul 10.30 malam tadi,” kata juurucakap itu.– UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini