Lelaki Nepal ceroboh rumah inap desa ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki Nepal ceroboh rumah inap desa ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Nepal ditahan kerana menceroboh sebuah  inap desa di Kampung Perwira Jaya Ampang Hilir, di sini, semalam.

Kejadian itu disedari bapa saudara pemilik inap desa terbabit pada pukul 1 petang selepas terlihat seorang lelaki cuba menceroboh kediaman berkenaan sebelum dimaklumkan  kepadanya.

Pemilik inap desa bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya berada di ruang tamu kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ekoran kejadian itu, pemilik inap desa terbabit menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

“Sepasukan anggota polis peronda (MPV) tiba di lokasi kira-kira pukul 3 petang dan menahan suspek untuk tindakan lanjut.

“Semakan mendapati suspek adalah seorang lelaki warga Nepal, bagaimanapun dia gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif suspek menceroboh inap desa terbabit dan mengesyaki lelaki itu  mengalami masalah mental.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek  negatif dadah. 

“Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×