Rasanya unik dan cukup beraroma. Rasa seakan rendang namun ada sedikit kelainan dengan tambahan pati asam jawa.
Kuahnya yang pekat dipadankan pula dengan isi ayam yang lembut cukup lazat dinikmati dengan nasi panas.
Menu kali ini dikongsikan Malay Chef De Cuisine, Mohd. Khezir Idris dari Parkroyal Collection’s.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam, potong kecil
1/2 cawan pati asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak
Bahan-bahan kisar halus:
15-20 biji cili kering
30 gram (g) biji buah keras
60 g bawang merah
30 g bawang putih
120 g bawang besar
15 g kunyit hidup
10 g lengkuas
10 g halia
3 batang serai, hiris nipis
4-5 helai daun limau purut
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga masak pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutup dengan tudung dan biarkan ayam masak seketika.
3. Masukkan pula santan dan pati asam jawa. Renehkan sehingga kuah pekat dan ayam masak empuk.










