Malaysia catat pelaburan tertinggi dalam sejarah

Malaysia catat pelaburan tertinggi dalam sejarah

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM329.5 bilion jumlah pelaburan diluluskan pada tahun lepas, iaitu meningkat 23 peratus berbanding tahun sebelumnya sekali gus menyaksikan ia adalah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan asing adalah penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus berbanding pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus.

Beliau berkata, prestasi cemerlang itu juga disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1 peratus bagi pelaburan domestik dan sebanyak 15.3 peratus bagi pelaburan asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, kata beliau, ini merupakan satu petanda bahawa dasar mesra pelaburan dan mesra perniagaan yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh kerajaan mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur.

“Landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi yang amat memberangsangkan itu juga mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi negara sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Madani,” kata beliau dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN