Bayi berusia setahun antara PATI yang ditahan

Bayi berusia setahun antara PATI yang ditahan

BAYI berusia setahun antara PATI yang ditahan JIM Kelantan menerusi Ops Sapu/Kutip di sekitar Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bayi berusia setahun merupakan salah seorang daripada 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dicekup menerusi Ops Sapu/Kutip di sekitar bandar ini pada semalam dan kelmarin.

Kesemua pati yang berusia setahun hingga 47 itu ditahan oleh Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan menerusi operasi tersebut bermula pukul 9 pagi.

Pengarahnya Mohd. Faizal Shamsudin berkata, sepanjang operasi itu seramai 40 PATI telah diperiksa dan 34 orang daripadanya telah diatas atas pelbagai kesalahan.

“Kesemua PATI itu merupakan 23 orang lelaki, perempuan (4), kanak-kanak lelaki (2) dan kanak-kanak perempuan (5).

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, India dan Thailand,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Faizal memberitahu, JIM Kelantan menggesa orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat mengenai PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Katanya, JIM Kelantan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang mendalangi dan bersubahat dalam melindungi PATI.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×