Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada 4.79

Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada 4.79

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama tetapi rendah sedikit berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini dengan pelabur mengambil sikap berhati-hati, menjelang penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS minggu ini, kata pakar ekonomi.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS, berbanding penutup Isnin pada 4.7850/7890.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walaupun pasaran AS ditutup pada Isnin sempena cuti umum, sentimen pasaran masih `bergelora’ daripada Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS Jumaat lepas, yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 0.9 peratus pada Januari berbanding konsensus sebanyak 0.6 peratus.

Menurut laporan, IHPR yang lebih tinggi menandakan inflasi lebih tinggi, boleh menyebabkan kenaikan kadar faedah.

Dalam konteks tempatan, Mohd. Afzanizam berkata, data Selasa mengenai eksport Malaysia akan menjadi tumpuan, dengan anggaran konsensus menjangkakan penghantaran ke luar negara bertukar kepada pertumbuhan 3 peratus pada Januari daripada penguncupan 10 peratus bulan sebelumnya.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih rendah daripada jangkaan sebanyak 3 peatus tahun ke tahun pada suku keempat 2023, menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia terdedah kepada `lilitan’ permintaan luar.

“Oleh itu, eksport yang positif akan meningkatkan harapan untuk prospek yang lebih baik untuk ekonomi Malaysia tahun ini,” kata beliau.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan lebih tinggi hari ini.

Ia bertambah baik berbanding yen Jepun kepada 3.1858/1900 daripada 3.1913/1942 pada penutup Isnin, meningkat berbanding pound British kepada 6.0254/0329 daripada 6.0358/0408, dan meningkat sedikit berbanding euro kepada 5.1556/1625 daripada 5.1556/1625.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2377/2590 berbanding 13.2806/2976 pada Isnin, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5544/5591 daripada 3.5555/5587, tetapi lebih rendah berbanding rupiah Indonesia pada 306.2/306.7 daripada 306.0/306.5 sebelum ini.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.53/8.55 daripada 8.53/8.54 sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×