Perbicaraan kes Bella dipindah ke Mahkamah Tinggi Muar - Utusan Malaysia

Perbicaraan kes Bella dipindah ke Mahkamah Tinggi Muar

MOHAMMAD HAIKAL Mahfuz dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan membunuh seorang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah atau Bella pada Disember 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Perbicaraan kes pembunuhan seorang ibu tunggal, Mila Sharmilah Samsusah, 32, dipindahkan dan akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Muar pada 11 Mac ini.

Keputusan itu dibuat Majistret Batu Pahat, Suhaila Shafi’uddin sementara menunggu laporan forensik selepas dicadangkan oleh peguam bela tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, Syahril Anuar dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid. 

Berdasarkan kes pertuduhan, Mohammad Haikal didakwa membunuh Mila Sharmila atau lebih dikenali sebagai Bella di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga sehingga ke sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah, dekat sini antara pukul 11 malam, 14 Disember hingga 5.30 pagi, 15 Disember 2023.

Bekas posmen itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi.

Peguam pemerhati bagi keluarga Bella, Nur Aminahtul Mardiah Md. Nor turut hadir dalam prosiding tersebut.

AHLI keluarga Allahyarhamah Bella membawa sepanduk menuntut keadilan atas pembunuhannya ketika perbicaraan kes itu disebut semula di Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Turut kelihatan di mahkamah ialah kakak, Norhisham dan ibu Bella, Noraini Salleh bersama-sama kira-kira 20 ahli keluarga yang lain.

Keluarga Bella turut membawa sepanduk yang menuntut keadilan atas kematian ibu tunggal beranak dua itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×