Tujuh termasuk bayi nyaris maut - Utusan Malaysia

Tujuh termasuk bayi nyaris maut

Nyaris maut
TUJUH termasuk bayi dan kanak-kanak terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dekat Persiaran Mokhtar Dahari di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tujuh termasuk seorang bayi dan kanak-kanak nyaris maut selepas terlibat dalam nahas tiga kereta dan sebuah motosikal dekat Persiaran Mokhtar Dahari di, sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.06 pagi sebelum mengerahkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik ke tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Beza dan Axia, Honda CRV dan motosikal jenis Honda Dash yang dikatakan dalam perjalanan dari arah Puncak Alam menghala ke Shah Alam.

“Pemandu Perodua Bezza seorang lelaki berusia 30-an tersepit di bahagian pemandu dan bomba berjaya mengeluarkannya. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha kanan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan.

“Enam mangsa lain iaitu dua lelaki dan dua wanita serta seorang bayi lelaki berusia empat bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun hanya mengalami cedera ringan,” katanya kepada pemberita, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×