Chelsea ikat Manchester City 1-1

Chelsea ikat Manchester City 1-1

PEMAIn Manchester City, Erling Haaland menutup mukanya selepas terlepas menjaringkan gol dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea di Etihad, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KEPUTUSAN
Brentford  1  Liverpool   4
Burnley     0  Arsenal       5
Fulham      1  Aston Villa 2
Man City   1  Chelsea      1
Newcastle 2  Bournemouth 2
Nottingham Forest 2   West Ham 0
Tottenham 1 Wolves 2
MANCHESTER:  Mauricio Pochettino berkata, Chelsea mampu berdepan perlawanan akhir Piala Liga dengan keyakinan tinggi selepas menamatkan rekod kemenangan Manchester City dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi EPL di Etihad awal pagi ini.
Raheem Sterling meletakkan pasukan pelawat di depan sekali gus memberi tekanan kepada tuan rumah yang berdepan tekanan untuk memburu kejuaraan Liga Perdana musim ini.
Namun, jaringan lewat penyamaan Rodri menyelamatkan rekod tanpa kalah City kepada 34 perlawanan di laman sendiri.
Keputusan itu menyebabkan pasukan kendalian Pep Guardiola ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dan hanyut dua mata di belakang Arsenal.
Perlawanan itu juga memberi satu mata kepada Chelsea yang kembali kepada kedudukan ke-10 liga, ketinggalan enam mata dari enam pasukan teratas. – AFP/UTUSAN 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×