Kerjaya juruterbang sarat risiko

Kerjaya juruterbang sarat risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKERJA di awan biru menuntut pengorbanan tinggi kerana tempoh bertugasnya tidak sama seperti profesion lain.

Ini termasuklah tinggal berjauhan dengan ahli keluarga, yang menjadi antara tuntutan perlu ditempuhi individu bergelar juruterbang.

Dedikasi dan cinta menebal terhadap kerjaya ini, menyebabkan tidak pernah timbul sekelumit rasa menyesal buat juruterbang, Kapten Raja Ishwara Aum, 42.

Rasa teruja dengan pekerjaan ini sama seperti hari pertama beliau menyertai dunia penerbangan pada 2006 lalu.

“Cabaran juruterbang adalah daripada aspek masa dan mengimbangi waktu bekerja dan waktu bersama keluarga. Kadangkala, kami
perlu berada di luar pangkalan sehingga lima hari pada satusatu masa,” katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Latihan pesawat A320 ini menjadikan panggilan video sebagai alat untuk mengubat kerinduan pada dua anaknya yang kini berusia tujuh dan lima tahun.

KELILING DUNIA

Berasal dari Petaling Jaya, Selangor, Raja Ishwara memulakan karier semasa menyertai program Juruterbang Kadet Singapore
Airlines, 18 tahun lalu.

Pemegang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal ini menjadi juruterbang syarikat penerbangan penuh untuk Airbus A320 pada 2010, semasaberkhidmat bersama Jeststar Asia.

Beliau berkhidmat sebagai kapten pada 2014 selepas menyertai Tiger Airways sebelum menjadi tenaga pengajar juruterbang pada 2017,
iaitu ketika syarikat berkenaan bergabung dengan pesawat tambang murah, Scoot.

Sepanjang menceburi industri penerbangan, kongsinya, sebanyak 47 negara termasuk di benua Eropah dan Asia sudah ‘ditawan’ sekaligus
membawa 1,001 pengalaman berharga.

“Kalau ikutkan, jumlah itu tidaklah terlalu banyak. Sebabnya, masa saya lebih banyak di pejabat menghadiri mesyuarat dan mengendalikan
sesi latihan.

“Begitupun, sejak beberapa tahun lalu, saya tidak banyak melakukan penerbangan kerana lebih banyak mengendalikan pesawat bagi tujuan latihan.

Selalunya, dalam jarak dekat dan tidak lebih tiga jam penerbangan,” katanya.

CABARAN JURULATIH

Sektor penerbangan adalah industri strategik dan sensitif kepada isu-isu keselamatan dan kesejahteraan, sama ada
kepada penumpang, pengguna perkhidmatan, mahupun keselamatan negara amnya.

Industri dikawal-selia pelbagai peraturan, perundangan dan garis panduan ketat, yang sebahagian besarnya perlu diselaraskan dengankeperluan piawaian industri penerbangan antarabangsa.

“Justeru, tenaga kerja terlibat di dalam industri ini, baik juruterbang, jurutera kapal terbang, mekanik mahupun pengawal
trafik udara, perlu dilatih dan mendapat kelulusan, sijil serta lesen khusus yang diiktiraf secara global,” katanya.

Akuinya, berada di bangku jurulatih penerbangan, bukanlah mudah lantaran dirinya perlu bertindak sebagai gatekeeper.

Di mana semua bakal juruterbang perlu memenuhi piawaian dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi semua peringkat.

“Saya bukan sahaja melatih juruterbang baharu tentang cara pengendalian pesawat tetapi turut melatih seorang kapten menjadi tenaga
pengajar dan bakal jurulatih,” katanya.

BUKAN PANDU KERETA

Kerjaya sebagai juruterbang sarat cabaran dan risiko.

Memandu pesawat tidak sama seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana pengendalian amat berbeza.

“Kepada anak muda yang ingin menceburi kerjaya ini ini, mereka perlu bersungguhsungguh mahu menjelajah ke seantero dunia.

“Ramai juruterbang menjadikan kerjaya ini sebagai karier kedua. Ada yang bekerja sebagai pegawai bank dan akauntan serta pelbagai latar
belakang lain.

“Juruterbang kena ada sandaran lain sebab kerja ini boleh terjejas dan lesen boleh ditarik balik sekiranya mengalami masalah tertentu,”
katanya sambil memberi contoh insiden pandemik Covid-19 lalu, membuktikan bagaimana operasi syarikat penerbangan boleh terjejas dek
sesuatu bencana.

Mengimbau kenangan, Raja Ishwara berkata sewaktu menyatakan hasrat menjadi juruterbang kepada ayahnya dulu, beliau sudah diingatkan
untuk perlu belajar hingga ke peringkat ijazah dahulu, sebelum memikirkan untuk menjadi juruterbang.

MOMEN MANIS

Berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam industri penerbangan, kata Raja Ishwara, ada tiga aspek yang
akan sentiasa diingati oleh penumpang.

Pengalaman itu, jelasnya, membuatkan sesebuah perjalanan menjadi begitu bermakna dan berharga.

“Penumpang sentiasa menantikan pengumuman oleh juruterbang di dalam pesawat. Mereka juga akan ingat cara pendaratan dan
bagaimana juruterbang menangani gangguan cuaca seperti hujan lebat,” katanya.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Itu pengakuan jujur Raja Ishwara setiap kali berjauhan dari tanah air.

Baginya, Malaysia sebuah negara istimewa yang kaya dengan budaya dan kelazatan makanannya.

“Nasi lemak dan teh tarik adalah dua makanan yang tidak dapat dipisahkan. Nasi lemak di London rasanya tidak akan sama seperti yang ada di Petaling Jaya.

“Internet juga sentiasa menjadi penghubung. Saya dapat mengikuti berita terkini dan gemar melayari podcast Keluar Sekejap untuk sebarang
perkembangan isu semasa di dalam negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×