'Alhamdulillah, kami lima beradik sempat bersama ayah'

‘Alhamdulillah, kami lima beradik sempat bersama ayah’

AHLI keluarga menguruskan jenazah Allahyarham Khalid Ali di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak Allahyarham Khalid Ali iaitu Afiq mengakui semua adik beradiknya sempat bersama ayah sehingga legenda bola sepak itu menghembus nafas terakhir.

“Alhamdulillah, kami lima beradik sempat bersama ayah sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir petang tadi,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Jelas Afiq, ayahnya dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Ahad lalu disebabkan mengalami sesak nafas dipercayai akibat serangan jantung.

“Ketika itu, ayah berada di rumah namun secara tiba-tiba sesak nafas sebelum menghubungi ambulan untuk di bawa ke PPUM.

“Kali terakhir saya bercakap dengan ayah adalah petang semalam. Namun keadaaannya sudah lemah namun mampu memberikan reaksi ketika ada yang datang melawat.

“Saya bersyukur kerana semua adik beradik berpeluang bertemu ayah buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya yang juga anak tunggal lelaki daripada lima adik beradik.

Terdahulu, arena bola sepak negara berduka apabila Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di PPUM.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid As Sobirin AU5 Lembah keramat untuk dimandikan dan disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan berhampiran bagi urusan pengkebumian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×