Pensyarah tarik balik saman terhadap Hannah Yeoh

Pensyarah tarik balik saman terhadap Hannah Yeoh

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA) menarik balik saman fitnahnya terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Mahkamah Tinggi di sini, minggu lalu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Segambut itu hari ini, Kamarul Zaman Yusoff memfailkan notis penarikan balik saman tersebut pada 30 Januari lalu tanpa kebebasan untuk memfailkannya semula.

Lelaki terbabit juga perlu membayar kos sebanyak RM5,000 kepada Hannah.

“Tindakan plaintif (Kamarul Zaman) menarik balik saman fitnahnya bukan sahaja tepat pada masanya tetapi turut mengesahkan pegangan saya bahawa saya tidak mengeksploitasi (isu) kaum atau agama dalam kempen saya menjadikan dakwaannya terhadap saya adalah tidak berasas dan tidak disokong,” kata Hannah dalam kenyataan itu.

Terdahulu, kenyataan tersebut menyatakan bahawa Kamarul Zaman membuat komen di Facebook yang memaparkan gambar Hannah dan ayat yang mendakwa wanita itu menggunakan agama untuk menang pada pilihan raya negeri di Sabah pada 2020.

Hannah kemudian membalas komen tersebut dengan memperlihatkan tindakan pensyarah terbabit yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama.

“Kamarul Zaman tidak menarik balik kenyataannya atau meminta maaf kepada saya tetapi sebaliknya memutuskan untuk memfailkan sama terhadap saya. Saya telah memberi kenyataan jelas bahawa saya bersedia untuk mempertahankan diri saya.

“Kini saman fitnah itu telah ditarik balik dan saya ingin melupakan segalanya,”kata Hannah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN