Pemuda UMNO Pasir Puteh buat laporan polis kenyataan Tony Pua

Pemuda UMNO Pasir Puteh buat laporan polis kenyataan Tony Pua

MUHAMAD Saifullah Ali (tiga dari kanan) menunjukkan salinan aduan polis berkait tindakan Tony Pua di luar pekarangan IPD, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketuanya Muhamad Saifullah Ali, berkata, laporan itu bertujuan memboleh polis menjalankan siasatan terhadap kenyataan tersebut yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

“Kesan kenyataan itu telah menyebabkan berlakunya sindiran kasar dan biadab daripada penyokong Tony Pua. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia seharusnya dihentikan dan diberi kepercayaan kepada pihak polis untuk menyelesainya secepat mungkin, ” kataya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas selesai membuat laporan polis di IPD Pasir Puteh, di sini hari ini.

Media sebelum itu melaporkan,Tony yang juga bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya memuat naik beberapa hantaran di Facebook miliknya selepas keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.

Dalam pada itu, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

ADS:D

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.–UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN