Wanita maut disimbah petrol, dibakar suami - Utusan Malaysia

Wanita maut disimbah petrol, dibakar suami

RUMAH wanita disimbah asid sebelum dibakar suami turut terbakar sepenuhnya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tinagalan di Sook, Keningau Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Seorang wanita meninggal dunia akibat  melecur teruk selepas disimbah petrol dan dibakar oleh suaminya di Kampung Tinagalan, Sook, semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, dalam kejadian  Jumaat lepas, mangsa yang berusia 41 tahun dan suaminya yang berusia 50 tahun dikatakan bertengkar dalam keadaan mabuk sehingga membawa kepada insiden tersebut.

Menurut beliau, sebelum kejadian mangsa dan suaminya minum alkohol jenis tapai di rumah mereka sejak pukul 4 petang sebelum mula bertengkar kira-kira pukul 10 malam.

“Semasa bertengkar, suami mangsa mengugut hendak membakarnya dan mangsa turut mencabar suaminya untuk berbuat sedemikian.

“Suami yang juga suspek dalam kes ini bertindak mengambil gelen berisi petrol kemudian menyimbah petrol tersebut ke badan mangsa sebelum menyalakan mancis hingga menyebabkan badan mangsa terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, semasa kejadian, salah seorang anak perempuan mereka menyelamatkan dua adiknya yang  tidur sebelum membantu memadam api di badan ibunya.

Melihat keadaan itu, suspek membawa isterinya ke Klinik Kesihatan Sook sebelum dipindah ke Hospital Keningau tetapi  meninggal dunia pada pukul 1.41 petang semalam akibat kesan melecur dan kegagalan pelbagai organ badan.

Yampil berkata, api yang marak menyebabkan rumah mangsa musnah sepenuhnya dalam dan suami mangsa kini  ditahan reman sehingga 9 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×