Kejatuhan Empayar Melaka angkara siapa?

Kejatuhan Empayar Melaka angkara siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EMPAYAR Melaka sudah cukup sebati dengan seluruh rakyat Malaysia kerana ia boleh dikatakan sebagai simbol kekuatan bangsa Melayu.

Namun persoalannya, sejauh manakah pengetahuan kita tentang empayar ini? Adakah naratif yang sering berlegar dalam dunia sejarah kita pada hari ini merupakan satu-satunya naratif yang tepat atau sebenarnya ada naratif lain dengan acuan maklumat berbeza yang masih tidak kita perhalusi?

Bagi memberi gambaran kepada para pembaca berkenaan buku ini, saya kongsikan sinopsis buku berjudul 1511: Kejatuhan Empayar Melaka tulisan Rafe Rahmat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“1511: Kejatuhan Empayar Melaka ialah sebuah buku yang secara julung kalinya menyajikan sejarah yang tepat tentang bagaimana Melaka, sebuah kesultanan yang kuat dan kaya, jatuh ke tangan Portugis,

“Melalui penelitian yang mendalam dan sumber daya yang terpercaya, penulis akan membawa anda menyelami analisis-analisis mendalam, menghayati puncapunca kejatuhan empayar anak bangsa.

Tidak guna beromantis sahaja tentang keagunan empayar ini, tanpa kita sendiri mencerakinkan punca tumbangnya empayar perdagangan terunggul dunia.

“Sambil anda membaca buku ini, anda akan sama-sama berjanji kepada diri dan anak bangsa, bahawa tidak sekali lagi anda mengulangi apa yang terjadi pada waktu silam dengan mempelajari sejarah,” katanya.

Buku ini turut memfokuskan kepada alat senjata yang digunakan pihak Portugis dan Melaka sewaktu berperang.

Sebab itulah buku ini lebih unik dan istimewa kerana ia berkisarkan kepada persenjataan.

Buku setebal 240 halaman ini merangkumi 11 tajuk besar berserta subtajuk memperincikan isu-isu yang dikemukakan.

Penulisan yang santai dan penerangan yang jelas menjadikan buku ini sesuai dimiliki semua lapisan pembaca bahkan saya kira ia boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada guru-guru dan pelajar.

Naskhah ini turut menceritakan perjalanan Empayar Melaka yang megah dan berkuasa itu sehinggalah kepada masalah dalaman dan campur tangan Empayar Portugal.

Cuma persoalan yang menarik, adakah Portugis memang berniat untuk menakluki keseluruhan Empayar Melaka atau sebenarnya pada awalnya Portugis di bawah kepimpinan Alfonso de Albuquerque hanya ingin membebaskan tentera-tentera Portugis yang ditahan di Melaka?

Selain itu, adakah Melaka sudah pun bersedia untuk berhadapan dengan kuasa Eropah yang tidak dijangka itu?

Adakah Melaka sekuat yang disangkakan? Menurut penulisnya lagi, penulisan ini dibuat untuk memenuhi suara hati peminat-peminat sejarah ketenteraan yang mahukan sejarah peperangan dinilai melalui keberkesanan persenjataan, taktik dan strategi digunakan semasa peperangan.

Ayuh dapatkan buku ini di mana-mana kedai buku berdekatan atau beli terus dari laman sesawang thepatriots. Mari kita membudayakan sikap suka membaca.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini