Tiada kompromi anggota polis bersekongkol dengan penyeludup

Tiada kompromi anggota polis bersekongkol dengan penyeludup

KAMA Azural Mohamed semasa sidang media selepas ditemui pemberita pada program 'General Rollcall' Ketua Polis Daerah Pasir Mas di Dewan Ketua Polis Negara Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang dikesan atau ditangkap kerana bersekongkol dengan penyeludup.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, tindakan itu selari dengan saranan pucuk tertinggi pasukan yang mahu seluruh anggota mempunyai intergiriti tinggi sepanjang berkhidmat.

“Daerah Pasir Mas sangat luas dan perlu diselia dengan sebaik mungkin kerana kita bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi…kami cukup bimbang jika ada anggota polis bersekongkol dengan penyeludup,” katanya kepada pemberita selepas program ‘General Rollcall’ Ketua Polis Daerah Pasir Mas di Dewan Ketua Polis Negara Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Kama Azural memberitahu, setakat ini 509 anggota dan pegawai lain-lain pangkat di IPD Pasir Mas bebas dari sebarang salah laku yang boleh memberi imej buruk kepada polis.

Katanya, bagaimanapun IPD Pasir Mas terbuka untuk menerima laporan daripada orang awam jika ada anggota polis terlibat dengan salah laku dan intergriti ini.

“Boleh adukan jika ada anggota polis terlibat dengan salahlaku.

“Lagi pun pihak kami sentiasa turun padang bersama masyarakat dalam program Community Policing dan berkolaborasi dengan penghulu-penghulu agar polis dan boleh adukan terus,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×