Pengetua paksa ibu hantar anak sakit ke sekolah

Pengetua paksa ibu hantar anak sakit ke sekolah

PENGETUA mengunjungi rumah pelajar itu setelah mendapat tahu kanak-kanak berkenaan tidak hadir ke sekolah kerana sakit. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang pengetua sekolah rendah di wilayah Hainan, China mencetuskan kontroversi di media sosial apabila mengeluarkan komen memaksa seorang ibu pelajarnya menghantar anaknya yang sakit ke sekolah.

Lapor NDTV, insiden itu berlaku selepas pengetua dikenali sebagai Li menemukan kanak-kanak yang mengambil cuti sakit itu, sedang bermain di luar rumahnya.

Li mengunjungi rumah pelajar berkenaan setelah mendapat tahu kanak-kanak itu tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

“Pengetua itu memutuskan untuk melawat keluarga kanak-kanak itu kerana bimbang dengan ketidakhadiran pelajarnya.

“Namun, apabila tiba di rumah pelajarnya, dia menjadi marah dan meninggikan suara ketika bercakap dengan ibu budak itu,” jelas laporan itu.

Berdasarkan laporan South China Morning Post, kejadian itu menyebabkan pengguna media sosial berpecah belah.

 “Anak saya tidak sihat, anda faham tak? Salahkah dia mengambil cuti sakit separuh hari?,” kata ibu budak itu kepada pengetua dalam video yang dikongsi di media sosial.   

Li pula menjawab persoalan wanita itu dengan menegaskan anaknya harus pergi ke sekolah walaupun sakit.  

“Ya, dalam keadaannya, dia patut pergi ke sekolah,” kata Li.

Ibu kanak-kanak itu terkejut dengan komen pengetua memandangkan sehari sebelumnya dia mendapat panggilan dari guru bahawa anaknya tidak sihat dan pengsan di sekolah.

Malah, wanita itu turut menyatakan kepada Li bahawa anaknya mengalami pening pada malam sebelumnya.

Bagaimanapun, Li tetap berkeras dengan menegaskan bahawa cuti diambil oleh pelajar itu memerlukan sijil cuti sakit (MC).

Li juga bertanya pada ibu kanak-kanak itu sama ada dia mahu anaknya menjadi petani sepertinya. 

Rakaman video itu menjadi tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×