Bella dibunuh pada malam kehilangannya? - Utusan Malaysia

Bella dibunuh pada malam kehilangannya?

Gambar kenangan Bella dan anaknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Selepas pe­ne­muan rangka manusia tidak sempurna di Jalan Imam Jai­lani, Kampung Batu 7, Tongkang Pecah pada Jumaat lalu, pelbagai spekulasi ditimbulkan berkaitan Mira Sharmila Samsusah, 32, yang dilaporkan hilang sejak 14 Di­sember lalu.

Menurut sumber, Mira Shar­mila atau lebih dikenali sebagai Bella mungkin dibunuh pada malam kehilangannya akibat dilanggar menggunakan ken­deraan selepas keluar kira-kira pukul 11.50 malam.

“Mayatnya dipercayai di­buang di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan daripada polis masih gagal kerana identiti sebenar rangka manusia tidak sempurna itu belum diketahui.

Dalam pada itu, kakaknya, Norhisham, 36, dalam status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya menyatakan tempat menyimpan i­Phone milik mangsa dijumpai tersorok dan tidak dilupuskan.

“Nasib menyebelahi kami sebab suspek tidak tahu nombor kunci iPhone Bella dan mungkin telefon itu disimpan olehnya sementara menunggu kes reda sebelum dijual.

“Bella memang tidak pernah memberikan kepada sesiapa nombor kekunci i­Phonenya, namun kami mengetahuinya kerana memang rapat dengannya,” tulisnya

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd Khalid menasihatkan orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi tentang kejadian itu.

Katanya, siapa pun pemilik indentiti rangka manusia tidak sempurna itu perlu ja­ngan dikatakan dengan kisah silamnya apatah lagi untuk mengaibkan seseorang tanpa bukti nyata dan kukuh.

“Sebaiknya, siapa sahaja orang Islam yang meninggal dunia kita doakan agar ditempatkan bersama orang beriman, bukan mengaibkan, memarahi atau menghina jenazahnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×