Bekalan vaksin di Indonesia terhad - Utusan Malaysia

Bekalan vaksin di Indonesia terhad

KERAJAAN Indonesia meminta rakyatnya terus bersabar berhubung pemberian suntikan vaksin. -  AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekalan vaksin Covid-19 yang terhad serta tidak seimbang dengan sasaran penduduk yang perlu divaksinkan di negara ini perlu diuruskan dengan baik. 

Lapor Kompas.com, perkara itu diberitahu Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin yang meminta rakyat supaya terus bersabar. 

“Sudah tentu terdapat keutamaan bagi fasa pertama. Kita akan memastikan fasa kedua berjalan lancar,” katanya. 

Menurut Budi, kerajaan merancang melakukan 426 juta suntikan vaksin kepada 70 peratus populasi Indonesia bersamaan 181 juta penduduk. 

Katanya, amaun itu disasarkan bagi dua suntikan vaksin pada setiap orang. 

Bagaimanapun, penjadualan vaksin yang bermula dari Januari hingga Jun depan, hanya mampu memberikan 80 juta dos kepada orang ramai. 

“Kita hanya boleh memberikan vaksin kepada 40 juta penduduk daripada jumlah 181 juta tersebut kerana vaksin hanya tersedia dalam jumlah itu. 

“Saya harap semua bersabar sehingga Jun nanti kerana baru mencecah 24 peratus. Fasa kedua nanti pasti akan berjalan lancar,” katanya. 

Bagi fasa kedua, pihaknya menyasarkan 1.5 juta suntikan dos vaksin dapat dijalankan dalam masa sehari berbanding fasa pertama yang hanya mampu mencecah 500,000 dos sehari. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×