16 pengikut kepercayaan Hakekok Balatasutak ditahan polis - Utusan Malaysia

16 pengikut kepercayaan Hakekok Balatasutak ditahan polis

SEKUMPULAN pengikut kepercayaan Hakekot Balatasutak ketika disiasat oleh polis. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Pandeglang menahan sekumpulan pengikut ajaran sesat yang mengamalkan kepercayaan Hakekok Balatasutak ketika melakukan upacara ritual pelik di sebuah kawasan paya, baru-baru ini.

Lapor CNN Indonesia, sebanyak 16 pengikut ajaran sesat itu ditangkap ketika sedang melakukan ritual yang berupa mandi bersama dalam keadaan bogel di kawasan paya terletak di desa Karang Bolong di daerah Cigeulis, Pandeglang.

Dilaporkan, kumpulan pengikut ajaran sesat ini diketuai oleh seorang individu dikenali dengan singkatan A yang berusia 52 tahun dan berasal dari daerah Cigeulis, Pandeglang di Banten.

Berdasarkan keterangan seorang penduduk dikenali dengan singkatan MS, amalan mandi secara bersama di paya memang menjadi ritual pengikut ajaran sesat itu.  

Katanya, ritual itu kemudian pernah dilakukan oleh individu bernama `S’ yang kebetulannya merupakan ibu bapa A yang telah meninggal dunia.

Rata-rata penduduk mengenali S sebagai guru kerohanian di daerah Bogor.

Polis Pandeglang menemui sejumlah bahan bukti ketika melakukan serbuan di rumah individu A. 

“Berdasarkan serbuan dilakukan di rumah berkaitan, kami menemui beberapa bahan bukti terdiri daripada buku, barang pusaka, azimat dan alat kontraseptif,” kata Ketua Polis Pandeglang, Hamam Wahyudi.

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati bahawa bahan bukti itu digunakan oleh individu A atas kapasiti sebagai ketua bagi mempengaruhi pengikutnya supaya mengikut segala kemahuannya.

Tambah Haman, ritual yang dilakukan oleh kepercayaan Hakekok Balatasutak dilarang sama sekali dalam ajaran agama. 

Oleh itu, kata beliau, semua kumpulan pengikut ditahan itu akan dibimbing oleh pemimpin agama dari Pandeglang.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×