Pelajar diberi kelonggaran berpakaian biasa ke sekolah Selasa ini

Pelajar diberi kelonggaran berpakaian biasa ke sekolah Selasa ini

Guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Terengganu, membersihkan kelas yang dilanda banjir, semalam. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas akibat banjir untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa ketika sesi persekolahan bermula kembali Selasa ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) JPNT, Azman Othman @ Abdullah berkata, banjir yang melanda negeri ini baru-baru ini menyebabkan kemusnahan harta benda penduduk di kawasan terjejas termasuk baju sekolah yang hilang dan rosak.

“Namun, pelajar tetap perlu hadir ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran akademik seperti biasa.

“Sekiranya, tiada pakaian sekolah, boleh datang dengan pakaian yang sopan dan sesuai pada Selasa nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kakitangan dan guru kakitangan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Terengganu membersihkan kelas yang dilanda banjir sebagai persediaan sesi persekolhan yang akan dibuka Selasa ini. – MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY

Dalam pada itu katanya, JPNT juga sedang giat menjalankan kerja-kerja pembersihan di beberapa sekolah yang dinaiki air dan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) dalam banjir kali ini.

“Setakat pagi ini, masih terdapat lima buah sekolah yang dijadikan PPS di dua daerah di Terengganu.

“Daripada jumlah itu, empat sekolah ialah di daerah Dungun iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut, Sekolah Kebangsaan (SK) Delong, SK Tanjung Pati dan SK Durian Mentangau.

“Di Marang pula, sekolah yang masih dijadikan PPS ialah SMK Merchang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×