Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan hari ini didorong oleh kelemahan dolar berikutan lelongan bon AS lima tahun yang sangat kukuh, kata penganalisis.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6110/6145 berbanding dolar AS daripada 4.6275/6330 pada penutup semalam.

Menurut Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes, lelongan bon AS yang kukuh membawa kepada penurunan dalam hasil 10 tahun AS, jatuh di bawah 3.8 peratus.

Beliau berkata, ia berfungsi sebagai penunjuk kukuh bahawa pelabur menjangkakan pemotongan kadar yang ketara oleh Rizab Persekutuan (Fed) pada tahun akan datang.

“Perkembangan ini juga seharusnya memberi petanda baik kepada ringgit,” katanya.

Beliau juga mengekalkan jangkaan bahawa kadar pertukaran dolar-ringgit akan didagangkan di bawah 4.60, mungkin bukan dalam minggu ini tetapi pastinya pada awal 2024 jika hasil AS terus menurun.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.2589/2616 daripada 3.2453/2494 pada semalam. Ringgit juga jatuh berbanding euro kepada 5.1251/1290 daripada 5.1152/1213, dan susut berbanding pound sterling kepada 5.9030/9075 daripada 5.8862/8932.

Mata wang tempatan itu bagaimanapun meningkat berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ringgit menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4956/4985 daripada 3.5001/5045 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.30 daripada 8.31/8.33 pada penutup semalam.

Ringgit juga lebih kukuh berbanding baht Thailand kepada 13.4486/4651 daripada 13.4559/4790 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 298.7/299.2 daripada 299.8/300.4 sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×