Kemewahan busana pengantin pada harga mampu milik - Utusan Malaysia

Kemewahan busana pengantin pada harga mampu milik

Koleksi Luxe tampil mewah dan berbeza.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Khabarnya majlis perkahwinan sudah boleh dianjurkan. Apa lagi? Jangan last minute! Sudah boleh cari-cari pereka menawarkan pakaian pengantin idaman hati.

Kalau mencari sentuhan moden, Kashfi Zulkufli ada pilihannya.

Koleksi Luxe diinspirasikan daripada beberapa koleksi lepas dan diolah menjadikannya sesuatu yang diberi nafas baru.

Putih gading sarat perincian.

Katanya, koleksi berkenaan dihasilkan kerana mahu menerapkan elemen kepelbagaian rekaan dan mengetengahkan keunikan rekaan kepada masyarakat.

Pelbagai gabungan fabrik menyerlahkan gaya baharu. Antaranya net, brocade, neoprene dan crepe.

“Luxe mengambil masa yang agak lama iaitu lebih dari lapan bulan kerana pada ketika penghasilan rekaan, saya fokus untuk mereka cipta signature terbaru iaitu renda sulaman tangan (embroidery) yang memperlihatkan keunikan dalam rekaan ini.

“Keistimewaan koleksi ini dapat dilihat melalui penghasilan renda buatan tangan menggunakan sulaman emas dan perak. Walaupun diberi jolokan eksklusif, saya masih membuka harga pada kadar ‘mampu milik’ tetapi hasilnya kelihatan mewah,” katanya.

Pereka Kashfi Zulkufli bersama model memperaga koleksi busana pengatin rekaannya.

Busana raja sehari menjadi signature pereka Kashfi sejak mula berjinak dalam dunia rekaan sejak 2012.

Beliau banyak menghasilkan rekaan bercirikan volume, flair dan folding, menjadikan beliau di antara pereka pilihanan bakal pengantin.

Tips mendapatkan busana terbaik:

#01 Luaskan pilihan
Jangan hadkan pilihan. Contohnya hanya kerana anda berkenan dengan warna putih dan gaya yang tertentu, terus tidak mahu mencuba warna atau rekaan lain yang mungkin sesuai dengan tubuh anda.

#02 Saiz tubuh
Selalu kita dengar bakal pengantin diet untuk tampak langsing pada hari bahagia. Ada pereka buat baju dengan saiz lebih kecil dengan harapan pelan diet boleh membuatkan mereka kelihatan kurus.

Jangan risau, pereka pasti tahu kerja mereka.

#03 Tempoh sesuai
Tempahan boleh dilakukan tiga atau lima bulan sebelum majlis. Elak menempah atau membeli baju pada saat-saat terakhir.

#04 Survey pakaian
Rajin-rajinkanlah diri anda untuk mencari fesyen baju pengantin terkini, kemudian, sesuaikan dengan konsep majlis. Jangan lupa bertanya pada orang yang anda percaya, contohnya kawan baik.

#05 Buat bajet
Bakal pengantin dinasihatkan membuat senarai peruntukan bagi setiap persiapan majlis bagi mengelakkan terlebih belanja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN