JAKARTA: Seorang pemuda di Banyumas, Jawa Tengah didenda sebanyak 150 juta rupiah (RM42,929) kerana membatalkan majlis pernikahannya.
Lapor Tribunnews, bapa kepada pemuda tersebut, Sumarto, 56, berkata, dia dan keluarga terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Agung mengenai pembatalan majlis perkawinan anaknya.
“Apa yang tahu, kami tidak akan membayar denda tersebut kerana kami tidak mempunyai wang sebanyak itu.
“Terus terang saya katakan, kami kecewa dengan sikap keluarga pengantin perempuan yang membawa kes ini ke mahkamah,” katanya.
Jelas Sumarto, mereka kesal kerana keluarga pengantin perempuan tidak mahu berbincang terlebih dahulu dan terus membawa isu berkenaan ke mahkamah.
“Keluarga kami meminang wanita tersebut untuk anak lelaki kami pada 2018 dan hasil perbincangan, kami bersetuju majlis perkahwinan akan diadakan setahun selepas itu.
“Namun, timbul masalah di pertengahan tahun apabila anak saya minta putuskan pertunangan dan memaklumkan tidak mahu berkahwin,” ujarnya.
Kata Sumarto, dia tahu masalah tersebut ditimbulkan oleh anaknya, namun masih boleh berbincang dengan cara baik.










