Baik pulih kompleks sejarah

Baik pulih kompleks sejarah

WARIS keturunan Datuk Maharajalela yang mengadakan perjumpaan di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak, kelmarin. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Individu yang menggerakkan inisiatif membangunkan Kompleks Sejarah Pasir Salak pada 1990, Tan Sri Ramli Ngah Talib berharap kompleks berkenaan kembali menjadi tumpuan pelancong seperti dahulu.

Bekas Menteri Besar itu berkata, beliau sedih melihat keadaan kompleks yang diilhamkannya itu sudah tidak seperti dahulu termasuk dari segi kedatangan pelancongan yang semakin berkurangan.

Katanya, lebih mengecewakan rumah warisan dalam kompleks itu didapati banyak yang mengalami kerosakan.

“Pada tahun 1990-an, kompleks sejarah ini menjadi tumpuan ramai namun kini saya sedih melihat keadaannya kerana banyak rumah tradisional mempunyai nilai sejarah tinggi banyak yang sudah rosak.

“Saya bimbang jika dibiarkan, mungkin akan roboh. Saya juga kesal kerana rumah tokoh pejuang Melayu, rumah Datuk Maharajalela di sini yang sudah siap dibaiki pulih tapi masih belum dibuka untuk dilawati pelancong .

“Saya berharap pihak yang berkenaan membaik pulih rumah yang rosak supaya dapat dilihat oleh generasi akan datang,” katanya ketika Utusan Malaysia semasa menghadiri majlis perhimpunan waris Datuk Maharajalela di Kampung Pasir Salak, kelmarin yang dihadiri lebih 350 waris Datuk Maharajalela.

Mengenai perhimpunan itu, Ramli berkata, ia dapat mengeratkan lagi hubungan semasa waris keturunan tokoh pejuang negara itu.

Katanya, apatah lagi sebahagian besar daripada waris keturunan Datuk Maharajalela sudah lama tidak berjumpa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×