TDM Berhad terima Anugerah Sustainabality Rising Star Award

TDM Berhad dinobat penerima Anugerah Sustainabality Rising Star Award 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TDM Berhad, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu telah dinobatkan penerima Sustainability Rising Star Award dalam Anugerah Kecemerlangan dan Kelestarian Korporat Asia (ACES) 2023.

Pengiktirafan anugerah tersebut berlangsung dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur pada 24 November lalu.

Anugerah bukti komitmen TDM dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs) dengan 17 matlamat yang digariskan sebagai parameter dalam pelaksanaan pembangunan serta kelestarian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, anugerah tersebut menjadi sebahagian usaha menyokong serta menyumbang kepada inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Syarikat.

“Pengiktirafan TDM sebagai Sustainability Rising Star di ACES 2023 merupakan kejayaan yang begitu bermakna kerana kami sangat memandang serius soal kelestarian Syarikat dalam usaha ke arah masa depan yang lebih lestari dan berdaya tahan dalam jangka panjang.

“Ini bukan sahaja menggariskan komitmen TDM kepada kemampanan serta kelestarian alam, malah meletakkan Syarikat di tahap yang tinggi dengan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dalam industri minyak sawit serta penjagaan kesihatan.

“Usaha dan komitmen TDM terhadap kemampanan ini merupakan usahasama ramai pihak diketuai oleh Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Kelestarian (SCoM) dan Kumpulan Kerja Kelestarian (SWG) bagi memastikan aspek kelestarian sentiasa dititikberatkan dan dapat disepadukan ke dalam pertumbuhan jangka panjang syarikat,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, melalui proses pemilihan yang terperinci oleh Majlis ACESl, anugerah berkenaan mengiktiraf dedikasi cemerlang TDM terhadap amalan pengoperasian perniagaan yang berfokus kepada kelestarian alam sekitar secara menyeluruh.

Pada majlis tersebut, Syarikat diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare), Dr. Rayney Azmi Ali dan Ketua Pemantauan Prestasi Pelaburan TDM, Hasnol Zariman Mohd. Hashim.

Komitmen TDM Berhad terhadap amalan lestari juga jelas terbukti melalui pematuhannya kepada piawaian yang ditetapkan di Malaysia dan antarabangsa, termasuk pensijilan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) dan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).

Pensijilan RSPO yang dipegang TDM sejak 2013 juga menandakan tadbir urus dan sistem penanaman kelapa sawit yang bertanggungjawab serta pengeluaran minyak sawit mampan, sejajar dengan piawaian yang ditetapkan secara global.

Dalam sektor penjagaan kesihatan pula, TDM mengekalkan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan mematuhi Amalan Pengedaran Baik (KDNK) dengan tegas, memastikan aktiviti produk farmaseutikal dan perubatan memenuhi tanda aras tertinggi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Jelas beliau, antara pencapaian TDM yang membanggakan pada tahun ini sekaligus menyumbang kepada kejayaan memperoleh pengiktirafan ACES 2023 adalah pelancaran serta perasmian dua loji biogas yang inovatif di Sungai Tong dan Kemaman, Terengganu.

“Setiap satu dengan kapasiti penjanaan elektrik 2 MW sekaligus menghasilkan sumbangan yang besar kepada grid nasional. Selain itu, komitmen TDM juga dapat dilihat melalui inisiatif peralihan lampu kalimantang kepada lampu diod pemancar cahaya (LED) cekap tenaga di pejabat-pejabat korporat,” katanya.

Dalam pada itu, Syarikat berjaya mencapai pengurangan 16.6 peratus dalam pelepasan gas rumah hijau bersih pada 2022.

“Pihak syarikat sentiasa berusaha mencari inisiatif untuk mendokong UNSDGs dan ESG dengan memberi impak positif ke arah kesejahteraan dan kelestarian alam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini