Bursa Malaysia kekal di atas 1,460 mata pada tengah hari

Bursa Malaysia kekal di atas 1,460 mata pada sesi dagangan tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih kukuh dengan kenaikan hampir semua sektor selepas laporan terbaharu menunjukkan inflasi AS berada pada trajektori menurun, seterusnya meningkatkan `pertaruhan’ kemungkinan pemotongan kadar faedah menjelang Mei, memetik laporan Bernama.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sembilan mata kepada 1,460.72 berbanding 1,451.72 penutup semalam.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 496 berbanding 354, manakala 446 kaunter tidak berubah, 1,084 lagi tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Perolehan berjumlah 2.54 bilion unit bernilai RM1.04 bilion.

Data indeks harga pengguna (CPI) AS dilaporkan lebih rendah daripada jangkaan pada 3.2 peratus pada Oktober berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.3 peratus.

Ia menunjukkan bahawa Rizab Persekutuan AS telah menyampaikan mandatnya untuk menurunkan inflasi. Oleh itu, kadar dana semasa Persekutuan telah menghampiri paras kemuncaknya.

Di peringkat serantau, rali boleh dilihat di seluruh pasaran dengan Indeks Hang Seng meningkat 2.83 peratus kepada 17,888.41; Nikkei meningkat 2.33 peratus kepada 33,458.75 dan Indeks Straits Times meningkat 0.5 peratus kepada 3,120.19.

Dalam negara pula, peniaga berkata, aktiviti pengambilan untung mungkin muncul selepas aktiviti mengambil untung selama dua hari berturut-turut.

Antara saham wajaran tinggi, MR D.I.Y Group Bhd., Petronas Chemicals Group Bhd. dan Dialog Group Bhd. masing-masing naik enam sen kepada RM1.58, RM7.33 dan RM2.17.

CIMB Group Holdings Bhd. pula meningkat lima sen kepada RM5.78, MISC Bhd. meningkat 10 sen kepada RM7.32 dan Petronas Gas Bhd. meningkat 18 sen kepada RM17.16. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×