Pendidikan agenda GPS tingkat kualiti generasi Jepak

Pendidikan agenda GPS tingkat kualiti generasi Jepak

PREMIER Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) bersama Iskandar Turkee (lima kanan) selepas pengumuman kemenangan GPS bagi keputusan PRK DUN Jepak di Dewan Suarah Bintulu, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Meningkatkan taraf pendidikan belia antara agenda utama yang bakal diberikan keutamaan Iskandar Turkee yang menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sabtu lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Iskandar yang bertanding atas tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, pentingnya golongan belia pada masa ini sanggup menerima cabaran untuk keluar daripada zon selesa dengan meningkatkan taraf pendidikan dan berhijrah mengutip pengalaman baharu.

“Saya akan menggerakkan ahli pemuda di bawah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Jepak untuk membuat satu pangkalan data khusus bagi golongan belia yang belum berpeluang melanjutkan pelajaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Golongan yang tercicir ini berkemungkinan menghadapi faktor-faktor seperti kewangan, kelayakan yang tidak mencukupi dan lain-lain yang mana syarat dikehendaki institusi pendidikan.

“Maka, jika kita sudah mengenal pasti permasalahan yang dihadapi mereka, kita berusaha menjalinkan kerjasama dengan institut latihan kerajaan negeri atau Persekutuan yang mana sesuai dengan kelayakan mereka. Dalam pada masa sama mempunyai kualiti pendidikan berdasarkan kebolehpasaran graduan ketika ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

PRK DUN Jepak menyaksikan GPS kekal mempertahan kerusi tersebut melalui kemenangan Iskandar dengan 9,638 undi.

Beliau menewaskan Stevenson Joseph Sumbang dari PBK (854 undi) dan Chieng Lea Phing dari ASPIRASI (431 undi). Keputusan itu membawa kepada majoriti 8,784 undi.

Menurut Iskandar, pihaknya akan menjalin hubungan dengan swasta yang boleh menawarkan kursus-kursus asas supaya kebolehpasaran tinggi bersesuaian kehendak industri yang ditawarkan di Bintulu ataupun di luar Bintulu.

“Kita juga tidak mahu belia ini apabila tamat pengajian kelak terlalu selesa untuk kembali ke tanah kelahiran mereka seperti Bintulu sahaja. Sebaliknya mereka juga perlu didedahkan dengan pengalaman di luar kawasan kediaman mereka di bandar-bandar di Sarawak.

“Seperti kata iban ‘adat berjalai’ yang mana mereka harus sanggup keluar mencari rezeki di kawasan-kawasan lain selain daripada tempat mereka untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga mereka.

“Malah apabila taraf pendidikan, kehidupan mereka meningkat, mereka mampu menyumbang kepada tenaga mahir di Bintulu bila tiba waktunya,” katanya.

Dalam pada itu, Iskandar juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan meliputi pelbagai sektor di kawasan Jepak mengikut denyut nadi penduduk dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat Sarawak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN