MUKADIMAH
PANJAT tembok mungkin tidak popular seperti sukan yang lain, namun ia memiliki komuniti tersendiri.
Renee Tan Sui Lin salah seorang daripada komuniti itu dan juga atlet negara yang membawa cabaran negara di Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.
Atlet itu yang mesra disapa Renee gagal meraih pingat di AUG 2022 selepas menamatkan kategori boulder wanita pada kedudukan kelima dalam aksi akhir sekali gus gagal memberikan pingat untuk Malaysia.
Begitupun, hasrat untuk menghadiahkan pingat untuk negara akhirnya menjelma di Sukan SEA Kemboja apabila meraih gangsa dalam saingan berpasukan wanita.
Bersama wartawan Mingguan Malaysia, ROZAIDI ZULKIFLI, Renee yang juga adalah pelajar di Universiti Heriot-Watt Malaysia berkongsi sisi peribadinya yang belum diketahui oleh peminat sukan tanah air.
Bagaimana anda terdorong untuk menceburi sukan panjat tembok?
Pada mulanya ia sekadar hobi sebelum lebih serius dalam sukan ini.
Perkara yang orang tidak pernah tahu tentang anda?
Saya seorang yang sangat pemalu dan pendiam
Jika anda bukan seorang atlet negara, apa yang anda lakukan ketika ini?
Ulat buku dan suka belajar
Apa yang anda suka lakukan jika ada masa terluang?
Tengok Netflix dan keluar dengan rakan melakukan aktiviti climbing.
Lagu dan penyanyi kegemaran anda?
Saya sukan muzik hip hop, indie pop, R&B. Penyanyi kesukaan seperti Tom Misch, Rex Orange County, Masego dan Landon Conrath.
Filem kegemaran anda?
Saya seronok menonton Grey’s Anatomy
Pengalaman manis anda sebagai atlet?
Mewakili negara dan menghadiahkan pingat gangsa kepada Malaysia di Sukan SEA
Boleh kongsikan pendidikan anda ketika ini?
Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Heriot Watt.
Kongsi tips untuk individu lain yang berminat menceburi sukan panjat tembok?
Biasakan diri dengan teknik asas dan paling penting keselamatan. Bermula dengan cabaran mudah sebelum ke tahap lebih sukar.
Makanan dan minuman kegemaran anda?
Saya suka makan daging terutamanya BBQ di restoran Jepun atau Korea
Tempat percutian yang anda ingin pergi?
Saya mempunyai impian untuk memulakan pengembaraan ke Eropah menggunakan campervan dan melakukan aktiviti meluncur salji.
Tiga perkara yang anda tidak suka?
Saya tak suka makanan seafood, makan durian dan tak suka lakukan aktiviti larian
Jika dilantik sebagai menteri, pilihan anda?
Menteri Belia dan Sukan dengan menjadikan Hannah Yeoh sebagai sumber inspirasi. – UTUSAN










