Siapa calon sesuai isi jawatan Timbalan Presiden Amanah?

Siapa calon sesuai isi jawatan Timbalan Presiden Amanah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS Menteri Perdaga­ngan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, politik tanah kini tertumpu kepada kekosongan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung Disember ini ekoran pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lalu

Hanya tinggal sebulan menjelang pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah untuk sesi 2023-2026, namun sehingga kini masih belum ada individu yang menawarkan diri untuk mengisi kekosongan kedudukan nombor dua parti.

Ini sekali gus mencetuskan tanda tanya siapa yang layak bagi menggantikan Allahyarham Salahuddin.
Hal ini disebabkan keteram­pilan Salahuddin sebagai seorang menteri dan Timbalan Pre­siden amat disanjungi bukan sahaja kawan namun juga pihak lawan, kerana beliau seorang pemimpin yang mudah didekati dan tidak melenting jika berdepan kritikan pelbagai pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah sikap diplomasi Allahyarham berjaya mengimbangkan ketegasan kepimpinan Amanah lain yang mudah melatah jika diserang pihak lawan apatah lagi membabitkan isu politik semasa khususnya membabitkan percaturan kerjasama parti-parti kerajaan Perpaduan.

Apatah lagi sesi 2023-2026 adalah penggal terakhir Datuk Seri Mohamad Sabu mengetuai Amanah kerana Perlembagaan parti menetapkan seseorang hanya boleh menjadi Presiden selama tiga penggal berturut-turut.

Oleh yang demikian diperlukan seorang Timbalan Presi­den yang boleh menggantikan kedudukan nombor satu itu dalam tempoh tiga tahun lagi.

ADS:D

PEMIMPIN

Jika mahu mengambil kira pemimpin paling kanan selepas Timbalan Presiden, sebenarnya terdapat lima nama Naib Pre­siden iaitu Datuk Mahfuz Omar, Datuk Seri Mujahid Yusof, Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Adly Zahari iaitu antara individu sesuai bagi menggantikan Salahuddin.

Itu pun jika mahu melihat daripada segi senioriti kerana selain Naib Presiden, nama se­perti Setiausaha Agung, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli; Bendahari Agung, Izham Hashim dan Pengarah Komunikasi, Khalid Abdul Samad serta Pengarah Strategi, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad adalah amat wajar dipertimbangkan.

Bagaimanapun jika melihat nama-nama tersebut, Adly dan Dzulkefly merupakan dua nama paling sesuai menggalas Timbalan Presiden Amanah setelah melihat kedudukan mereka sebagai ahli Parlimen dan berpotensi untuk menyertai Kabinet berdasarkan kouta menteri diperuntukkan untuk Amanah.

Malah kedua-dua nama tersebut mempunyai banyak pengalaman bukan sahaja sebagai anggota Jemaah Menteri dan Ketua Menteri, namun antara muka awal yang menubuhkan Amanah pada 2015 di samping sikap diplomasi dan tidak terlalu cepat mengelabah ketika berdepan pihak lawan iaitu Perikatan Nasional (PN).

Sama ada pertandingan atau sebaliknya, Amanah memerlukan pelapis kepimpinan baharu untuk menggantikan legasi pengasas parti selepas berjaya meraih kepercayaan dan mandat rakyat untuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum 2018.

Memandangkan Amanah tidak pernah ‘kontang’ generasi kepimpinan kerana mempunyai sayap Pemuda dan Muda yang boleh diketengahkan dalam pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah, namun ia perlulah seiring dengan iltizam politik jika ingin kekal relevan sekali gus memberi peluang seluasnya agar lebih ramai agar lebih ramai calon untuk segera menawarkan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN