Gaya chic ke pejabat - Utusan Malaysia

Gaya chic ke pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIBAAN musim luruh sejuk sentiasa dinantikan peminat fesyen di seluruh dunia kerana ia merupakan waktu terbaik untuk bergaya.

Padanan sweater oversized, jaket dengan topi, skaf, sarung tangan dan but antara lazim digunakan untuk menghangatkan musim ini.

Untuk gaya ke pejabat, tingkatkan pakaian anda ke tahap baharu dengan kombinasi baju satin lembut, seluar berpotongan lebar dan kasut stylish.

Gabungan yang dicipta itu mudah dibawa dari siang ke malam.

Malah, pancaran warna permata untuk palet musim ini mengingatkan pada suasana musim sejuk yang segar.

Antara wajib ada dalam koleksi pakaian wanita musim ini ialah tweed relaxed checked blazer keluaran Marks & Spencer (M&S).

Ia merupakan pilihan tepat bagi mana-mana it-girl, kerana memiliki ciri warisan di samping fabrik
tweed berkualiti sekali gus menyerlahkan lagi penampilan seseorang.

Bagi yang mahukan sentuhan feminin, padankan skirt ombre dengan jaket bomber bertali pinggang.

Gandingan ini ideal digunakan ketika bersosial dan atau menghadiri majlis.

Selain itu, tailored Waistcoat M&S ialah tambahan pintar pada koleksi pakaian majlis atau kerja anda.

Fungsinya yang pelbagai, memudahkan penggunaan untuk urusan rasmi atau gaya kasual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×