Aplikasi tawar produk mewah harga patut - Utusan Malaysia

Aplikasi tawar produk mewah harga patut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBELUM ini kecoh beberapa kes melibatkan individu termasuk golongan selebriti yang rugi ribuan ringgit kerana terjerat penipuan pembeli peribadi beg dan aksesori mewah.

Situasi buruk itu, kini boleh dielak dengan pembelian menerusi platform e-dagang, Vipshop yang dilancarkan baru-baru ini.

Aplikasi dalam talian dari China itu menawarkan lebih daripada 300 jenama premium berprestij, merangkumi fesyen, produk sukan dan kecantikan bagi memenuhi citarasa pengguna.

Istimewanya, orang ramai berpeluang mendapatkan barangan autentik dan berkualiti tinggi pada harga berpatutan dengan diskaun sehingga 70 peratus, setiap hari.

Pengarah Pemasaran Vipshop Asia Tenggara, Sylvia Ong berkata, misi mereka adalah untuk membawa jenama terbaik dunia kepada pengguna di Malaysia di samping pengalaman beli-belah yang selesa.

Katanya, konsep yang ditawarkan itu sama seperti di butik-butik outlet premium apabila pengguna boleh mendapatkan jenama seperti Coach, Michael Kors, LongChamp, Charlotte Tilbury, Puma dan Adidas pada harga terbaik, bahkan mungkin lebih rendah.

“Matlamat kita adalah untuk menetapkan standard baharu bagi pembelian barangan mewah yang berpatutan di negara ini, sekali gus merevolusikan pengalaman membeli-belah dengan jaminan ketulenan 100 peratus dan penghantaran percuma,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran aplikasi berkenaan di ibu kota baru-baru ini.

Gerbang beli-belah itu turut membawa jenama popular China seperti Colorkey, Bananain dan Anta dalam usaha memperkenalkan produk berkenaan ke sini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN