Tekanan kepada Gaza bibit kemenangan Palestin -Abdul Hadi

Tekanan kepada Gaza bibit kemenangan Palestin -Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tekanan dan serangan berdarah dilakukan rejim Zionis Israel terhadap penduduk Gaza merupakan bibit permulaan kepada kemenangan negara Palestin.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh rakyat Malaysia termasuk Pas sendiri berpihak kepada Palestin dan menyaksikan rejim Zionis benar-benar sedang melakukan pembunuhan besar-besaran kepada penduduk Gaza.

Katanya, Pas amat menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan yang ditempuh rakyat Palestin sekarang.

“Malaysia keseluruhannya berpihak kepada Palestin. Sesungguhnya rejim Zionis benar-benar sedang melakukan pembunuhan besar-besaran di Gaza.

“Hari ini bukan negara-negara Arab dan Islam sahaja yang menyokong Palestin, suatu yang sangat luar biasa apabila negara-negara luar lain dari seluruh dunia juga berani bangkit menyatakan solidariti bersama Palestin dengan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran,” katanya dalam Facebook Pas di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Presiden Pas, semalam.

Dalam pada itu, hantaran Facebook Pas itu memaklumkan, Ismail menghargai sokongan kuat Pas dan Malaysia yang secara rasmi dan terbuka menyokong hak rakyat Palestin mempertahankan tanah kediaman mereka dan melancarkan kempen sumbangan untuk rakyat Palestin. 

“Beliau menyeru kepada media-media agar terus menyokong Palestin, mendedahkan jenayah perang Zionis, menafikan naratif mereka, mendakwa pemimpin mereka dan menuntut mereka bertanggungjawab atas jenayah dan kezaliman yang mereka lakukan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×