Perluaskan solidaritas Palestin, abaikan suara sumbang - Timbalan Ketua Penerangan PKR

Perluaskan solidaritas Palestin, abaikan suara sumbang – Timbalan Ketua Penerangan PKR

palestin
Razeef Rakimin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu Palestin bukan sekadar masalah agama tetapi lebih kepada penjajahan ke atas sebuah negara Palestin dan kekejaman Zionis Israel melibatkan rakyat pelbagai agama termasuk Islam, Katolik, Ortodoks dan pegangan lain selain Yahudi.

Oleh itu, Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Razeef Rakimin berkata, Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah adalah inisiatif yang baik dalam menjadikan sekolah sebagai tempat bukan sahaja anak-anak belajar akademik, malah untuk menjadi insan yang mempunyai sifat manusiawi dan adab.

“Solidariti untuk Palestin mendidik anak-anak supaya mempunyai sifat solidaritas, prihatin sesama manusia dan menolak serta berani menentang kekejaman. Ini penting dalam usaha menanam akhlak yang baik kepada para pelajar.
S”aya akui tindakan sebuah sekolah yang membuat seolah-olah melatih anak-anak untuk menjadi militan itu memang salah. Namun saya yakin kesilapan sebuah sekolah tidak akan menghentikan usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia terutama selepas garis panduan pelaksanaan program telah dikeluarkan.
“Bagi saya kerajaan tidak perlu akur kepada gesaan beberapa pihak, malah saya mencadangkan kerajaan untuk memperluas program solidariti ke ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK),” katanya dalam kenyataan.

Lagi pula katanya, umum mengetahui Palestin sangat dekat di hati rakyat Malaysia yang turut memperjuangkan pembebasan Palestin dari penjajahan Israel sejak puluhan tahun lalu.

“Dasar kita sejak dahulu menganggap Hamas serta pejuang pembebasan Palestin lain sebagai sahabat yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan bukan sebagai pengganas. Dan sehingga hari ini anggapan kita terhadap Hamas adalah sama.
“Semua tahu kisah bagaimana rakyat Palestin membuka negara mereka bagi menerima pelarian Yahudi yang dibunuh dengan kejam di Eropah ketika negara lain menolak kedatangan mereka.
“Namun kini mereka membantai rakyat Palestin dengan mengharap penubuhan negara Israel di atas tanah Palestin.
“Saya terkilan dengan pandangan beberapala pihak berkaitan isu Palestin-Israel seolah ia peperangan agama. Paling menyedihkan bila ada yang bukan beragama Islam menganggap ia perang antara Islam dan bukan Islam serta menyokong tindakan Israel atas nama agama.
“Isu Palestin bukan sekadar masalah agama tetapi lebih kepada penjajahan sebuah negara Palestin. Kekejaman Zionis Israel melibatkan rakyat pelbagai agama termasuk Islam, Katolik, Ortodoks dan pegangan lain selain Yahudi,” katanya.
Razeef meminta sahabat-sahabat rakyat Malaysia untuk tidak mempertikai keputusan kerajaan menyokong Palestin.
“Ini berkenaan isu kemanusiaan, bukan agama semata. Demi menjaga perpaduan yang telah lama wujud, marilah kita bersama mendukung usaha kerajaan membela rakyat palestin atas nama kemanusiaan. Ia tanggungjawab kita sebagai rakyat menjaga perpaduan yang wujud bersama Palestin,” katanya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×