Sambutan Hari Tabungan Sedunia meriahkan BMS 2023

Sambutan Hari Tabungan Sedunia meriahkan BMS 2023

NORLIZA Abdul Rahim menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan strategik BMS 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran Bulan Menabung Simpanan SSPN (BMS) 2023 adalah inisiatif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menggalakkan amalan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ia juga antara usaha PTPTN untuk menyebar luas manfaat Simpan SSPN kepada masyarakat bersempena Hari Tabungan Sedunia yang di­sambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Bertemakan ‘Robotik: Ke arah transformasi dunia pendigitalan’, BMS 2023 telah dilaksanakan secara on-ground event dan buat julung kalinya dilaksanakan menerusi konsep jelajah merentasi 14 negeri di lokasi terpilih sepanjang bulan ini.

PTPTN telah mengadakan Majlis Penutup BMS 2023 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia kelmarin, bertempat di Sunway Velocity Mall.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim. Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Norliza berkata, ke arah menjadi peneraju tabung pendidikan tinggi negara, misi utama PTPTN ialah memperkasakan amalan penabungan bagi mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman.

Beliau berkata, usaha itu bagi memastikan anak-anak tidak dibebani hutang apabila tamat pengajian.

“Alhamdulillah, dalam tempoh 19 tahun, Simpan SSPN terus kekal sebagai produk yang berdaya saing dan menjadi tabung pendidikan utama pilihan ibu bapa. Sehingga 30 September 2023, jumlah depo­sit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM15.94 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 6.11 juta akaun,” katanya

Tambab Norliza, Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia se­perti seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlin­dungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.

PTPTN katanya, akan terus komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman.

“PTPTN yakin usaha ini akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan visi PTPTN sebagai ‘Peneraju Tabung Pendidikan Tinggi Negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×