‘Orang bukan Islam mesra Pas, cuma belum yakin’

‘Orang bukan Islam mesra Pas, cuma belum yakin’

PEMIMPIN dan ahli Pas berhimpun dalam muktamar parti itu di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
KELEMAHAN Pas dalam menarik sokongan bukan Melayu pada pilihan raya antara aspek yang dikenal pasti perlu diperbaiki parti itu.

Bagaimanapun, Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), DR. BALACHANDRAN GOPAL KRISHNAN ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia, AHMAD FADHLULLAH ADNAN di Muktamar Tahunan Pas ke-69 percaya orang bukan Islam masih mesra dengan Pas, cuma belum yakin untuk memberi sokongan.

Lemah tarik sokongan bukan Melayu antara kelemahan dikesan. Komen?

DR. BALACHANDRAN: Kita percaya dalam lima tahun ini, strategi DHPP memberi penerangan kepada bukan Islam khususnya orang India yang mula memahami bahawa mereka nak menikmati kesejahteraan dalam konteks keadilan yang saksama, maka wajib memastikan Islam mengemudi.

Bagaimana tarik bukan Islam?

State-Goverment 4 (SG4) menjadi tauladan bahawa Islam itu adil dan prihatin.

Satu lagi mewujudkan situasi menang-menang. Ba­gaimana menyelesaikannya tan­pa memperlekehkan atau merendahkan sesuatu kaum. Ia supaya penyelesaian Islam pun menang dan bukan Islam pun menang… sebab mereka ini memang mesra dengan kita, tetapi tidak yakin lagi.

Perlu peranan rakan komponen PN yang lain?

Sayap Bersekutu Bersatu dan Parti Gerakan wajib memainkan peranan penting memberi penerangan Islam itu adil membawa kesejahteraan.

Bolehkah Pas raih keyakinan bukan Islam pada PRU16?

Itu sasaran kami, tetapi kita perlu memastikan pimpinan Pas banyak berbincang dengan kita apabila menangani isu-isu bukan Islam.

Contohnya isu kafir. Walaupun tahu isu kafir ini hanya menterjemahkan Islam dan bukan Islam, tetapi dalam konteks Malaysia ia sesuatu yang menjijikkan, jadi orang sangat marah.

Apa perlu Pas lakukan?

Perlu ada muzakarah antara DHPP dan pimpinan untuk beri kenyataan yang menang-menang. Kalau nak tarik orang bukan Islam, kita perlu meranapkan kebencian ini dengan kasih sayang.

Jadi kita ada lima tahun dan kalau kita nak memerintah Malaysia, pendekatan kita mesti berubah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×