Pengguna berjimat, peniaga terjejas

Pengguna berjimat, peniaga terjejas

HASNAH Deraman berharap kerajaan dapat membantu peniaga kecil. - .UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Peniaga kecil di daerah ini berharap mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan bagi memulihkan perniagaan mereka yang terjejas ekoran kenaikan harga barang ketika ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kebanyakan peniaga mengakui berdepan kesukaran su­sulan peningkatan kos sa­ra hidup yang menyebabkan penduduk lebih memilih untuk berjimat.

Situasi itu diakui sendiri oleh salah seorang pemilik kedai makan, Hasnah Deraman, 51, di Bandar Lama di sini apabila turut terkesan dengan situasi yang berlaku sekarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasnah berkata, selepas pandemik Co­vid-19, dia belum meraih keuntungan hasil daripada jualan makanan di kedainya.

Menurutnya, dia berharap kerajaan dapat membantu memberi ban­tuan wang secara one off (sekali bayar) kepada peniaga kecil sepertinya.

“Dana diperlukan untuk membantu golongan peniaga kecil-kecilan bagi mengelakkan kami terjebak dengan pinjaman tidak berlesen,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Nordin Ahmad, 54, memberitahu, sekiranya tiada bantuan berterusan, penjaja kecil akan gulung tikar kerana tiada sokongan daripada pihak kerajaan.

“Saya harap kerajaan lebih fokus kepada mereka untuk dan lebih telus menghulurkan bantuan secara berterusan.

“Kami berharap kerajaan dapat memberi ruang dan peluang kepada peniaga kecil-kecilan untuk bernafas sepanjang tempoh sukar. Banyak sebenarnya harapan kami sebagai peniaga kecil dan bantuan kerajaan terutamanya kewangan memang sangat diperlukan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×