Fatihah Frozen Food sasar pertumbuhan jualan 40%

Fatihah Frozen Food sasar pertumbuhan jualan 40%

FATIHAH Anis Ibrahim menunjukkan pelbagai produk sejuk beku keluaran syarikatnya, Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluaran makanan sejuk beku bumiputera, Fatihah Frozen Food Sdn. Bhd. mengunjurkan pertumbuhan jualan sehingga 40 peratus pada tahun ini dipacu oleh penglibatan dalam ekspo perdagangan di dalam dan luar negara.

Pengasasnya, Fatihah Anis Ibrahim berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 1994 itu mencapai jualan sebanyak RM5 juta pada tahun lalu.

Katanya, syarikat yang mengeluarkan lebih 20 produk sejuk beku seperti roti prata durian, roti canai, roti boom, karipap dan popiah itu yakin dapat mencapai pertumbuhan jualan tersebut berikutan sudah melepasi jualan tahun sebelumnya.

“Produk-produk kami boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara seperti Lotus, Mydin, Lulu Hypermarket dan lain-lain.

“Selain itu, kami juga mengeksport produk ini ke luar negara termasuk Hong Kong, Singapura, Thailand, Brunei dan Arab Saudi.

“Kami juga sering mengikuti ekspo yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Matrade dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan sebagainya.” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, Fatihah Anis berkata, syarikatnya yang mempunyai pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu menyasarkan untuk menembusi lebih banyak pasaran baharu termasuk China tidak lama lagi.

Ketika ditanya sama ada syarikatnya terkesan kenaikan harga barang mentah, beliau berkata, pihaknya masih mengekalkan harga yang sama dan peningkatan harga adalah minimum.

“Kilang kami adalah automasi, jadi kami dapat membuat keuntungan dari segi volum pengeluaran.

“Bahan-bahan yang kami guna juga adalah premium dan berkualiti menjadikannya mendapat tempat dalam kalangan pelanggan. Ia juga berbeza daripada produk lain dalam pasaran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×