Pembangkang perlu bersatu perjuangkan hak Sarawak

Pembangkang perlu bersatu dalam usaha perjuangkan hak Sarawak

MOHAMAD ASRAF MOHAMMED TUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Parti pembangkang di Sarawak diseru agar menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi membentuk suara yang kuat dalam usaha memperjuangkan hak Sarawak berlandaskan undang-undang.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N67 Jepak, Mohamad Asraf Mohammed Tudin berkata,  pilihan raya yang diamalkan di Malaysia merupakan suatu proses demokrasi iaitu kita menyerah kepada rakyat untuk menyokong calon dan parti pilihan mereka.

“Pilihan ini bergantung kepada keyakinan pengundi terhadap polisi, halatuju dan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh parti tersebut.

“Malah pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak yang lepas, rakyat telah menzahirkan keyakinan mereka kepada GPS dalam proses demokrasi di 76 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Keyakinan rakyat ini termasuklah kepada proses tadbir urus, transparensi, semak imbang dalaman dan banyak lagi yang di amalkan oleh Kerajaan GPS,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kekuatan kerajaan GPS telah dibuktikan menerusi beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan.

“Kekuatan kerajaan Sarawak berhasil diterjemahkan kepada kejayaan demi kejayaan – inisiatif berdasarkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, pembangunan infrastruktur yang pesat, pendapatan Sarawak yang meningkat, pengembalian hak Sarawak, dasar ekonomi baharu demi masa depan anak Sarawak, serta inisiatif pembangunan bakat.

“Maka sebab itulah penting bagi kita mengekalkan kekuatan dan kestabilan ini demi anak Sarawak, demi Sarawak dengan menyokong penuh GPS,” ujar beliau.

Terdahulu, Pengerusi DAP Cawangan Jepak Tonny Ung menggesa agar PKR Sarawak untuk mempertimbangkan semula keputusannya tidak bertanding dalam PRK Dun Jepak bagi mempunyai demokrasi yang matang dalam memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan di dalam peti undi.

“Senario politik di Sarawak berbeza dengan peringkat nasional kerana tiada penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri ini.

“Malah Pakatan Harapan (PH) Sarawak terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah yang dilihat sebagai entiti pembangkang.

“Selain itu, ia bertujuan untuk menyuburkan demokrasi atas dasar semak dan imbang dalam DUN Sarawak daripada diperintah mutlak oleh satu parti sahaja,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×