‘Terpulang kepada UMNO’ - Utusan Malaysia

‘Terpulang kepada UMNO’

Ahmad Faizal Azumu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pendirian UMNO Perak untuk mengadakan perbincangan pengagihan kerusi bersama Pas dan tidak melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah hak parti itu.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau berharap agar harapan rakyat melihat kerjasama rapat parti dalam Perikatan Nasional (PN) dapat dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Terpulang kepada parti masing-masing. Saya cuma berharap agar harapan rakyat untuk melihat UMNO dan Barisan Nasio­nal (BN), Pas, Bersatu bersama-sama rakan gabungan Perikatan Nasional (PN), juga GPS dan GRS dapat dikekalkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu pun jika harapan rakyat terbanyak itu memberi erti yang signifikan kepada pemimpin,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, dalam masa yang sama fokus kepada keselamatan kesihatan rakyat dan masalah ekonomi yang mengancam kesenangan rakyat mestilah diutamakan.

“Kepentingan parti politik dan kehendak para pemimpin bukan ke­utamaan,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, UMNO Perak hanya akan me­ngadakan rundingan dengan Pas mengenai pe­ngagihan kerusi untuk PRU-15 dan tidak akan mencampuri hal berkaitan agihan kerusi membabitkan PN.

Menteri Besar Perak itu berkata, ini kerana perkara itu jelas sebagaimana dipersetujui dalam rundingan Maufakat Nasional (MN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini