PETALING JAYA: AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit) mencatatkan pertumbuhan hasil sebanyak 18.2 peratus kepada RM471.73 juta untuk suku kedua berakhir 31 Ogos 2024 (Q2 TK24), daripada RM399.17 juta tempoh sama berakhir berakhir 31 Ogos 2023 (Q2 TK23).
Syarikat itu berkata, ia disokong oleh peningkatan 11 peratus dalam volum urus niaga dan pembiayaan kepada RM1.79 bilion, daripada RM1.61 bilion pada Q2 TK23, dipacu oleh permintaan untuk pembiayaan peribadi yang lebih tinggi, pembiayaan kereta dan pemerolehan kad kredit.
Sejajar dengan itu, katanya, pembiayaan kasar meningkat sebanyak RM1.19 bilion atau 11.4 peratus kepada
RM11.57 bilion pada Q2 TK24 daripada RM10.38 bilion pada Q2 TK23.
“Kerugian rosot nilai yang lebih rendah pada pembiayaan belum terima sebanyak RM120.57 juta direkodkan untuk Q2 TK24 berbanding RM149.95 juta pada Q2 TK23. Sebaliknya, Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) berada pada 2.98 peratus pada 31 Ogos 2023 berbanding 2.91 peratus pada 31 Ogos 2022,” katanya dalam kenyataan
Bagi suku dalam tinjauan, AEON Credit mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM159.23 juta berbanding RM100.05 juta yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya
Kumpulan juga mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM120.19 juta berbanding RM75.65 juta pada Q2 TK23.
Berdasarkan tahun kewangan berakhir 29 Februari 2024, Kumpulan mengumumkan dividen interim satu peringkat sebanyak 28.50 sen sesaham telah disyorkan oleh Lembaga untuk dibayar pada 2 November 2023, dengan nisbah pembayaran dividen sebanyak 33.1 peratus.
“Untuk baki separuh kedua tahun kewangan 2024, (2H TK24), AEON Credit sentiasa optimistik dengan prospek yang dilihat daripada tekanan ekonomi semasa di dalam dan luar negara.
“Namun begitu, Kumpulan kekal komited untuk memantau dengan teliti dan menilai risiko kredit yang wujud dalam portfolio pembiayaan dan menumpukan pada peningkatan kualiti belum terima dengan penggunaan risiko-
pemarkahan berasaskan alatan Kecerdasan Buatan (AI), yang membolehkan Kumpulan
utamakan akaun berisiko tinggi.
“Kumpulan juga akan meningkatkan kerjasama dengan peniaga untuk meningkatkan portfolio pelanggan melalui pemerolehan pelanggan yang mendapat markah yang baik,” katanya. – UTUSAN










