Wanita terjun jambatan terselamat

Wanita terjun jambatan terselamat

MANGSA (duduk) diselamatkan sekumpulan lelaki selepas bertindak terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - IHSAN PENDUDUK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan pantas sekumpulan lelaki berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada lemas selepas terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, semalam.

Seorang pemilik jeti di Sungai Kelantan, Muhamad Juhari Nayan, 52, berkata, dia berada di kawasan jeti di tebing sungai tersebut bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 9 pagi.

Katanya, semasa sedang berbual, dia menerima panggilan telefon daripada seorang rakannya memaklumkan seorang wanita terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terus menghidupkan enjin bot dan menghala ke lokasi wanita itu yang hampir lemas kira-kira 100 meter dari jeti.

“Apabila bot menghampiri mangsa, rakan saya melemparkan pelampung ke arahnya yang ketika itu terkapai-kapai di dalam sungai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Muhamad Juhari berkata, dia dapat mencapai tangan wanita itu sebelum dibawa naik ke dalam bot dan terus ke jeti.

Katanya, dia dan rakannya kemudian menenangkan mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini