Pasukan pendakwaan perlu beri alasan lengkap, jujur - Maria Chin

Pasukan pendakwaan perlu beri alasan lengkap, jujur – Maria Chin

MARIA CHIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan pendakwaan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu memberi penjelasan yang lebih lengkap, jujur dan terbuka terhadap tindakan mereka memohon memberhentikan prosiding bagi 47 pertuduhan ke atas Timbalan Perdana Menteri itu.

Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata, mana-mana individu sudah pasti mengharapkan perbicaraan yang lebih sengit dan mendalam memandangkan tahap keseriusan 47 pertuduhan penyalahgunaan dana Yayasan Akalbudi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak sekali-kali akan menjangkakan permohonan dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar.

“Rakyat telah turun ke jalanan untuk membantah pemimpin yang terpalit dengan rasuah seperti Najib Razak dan Zahid Hamidi dan kita mengharapkan keadilan dapat ditegakkan.

“Keputusan DNAA pastinya merupakan satu kemunduran kepada pergerakan rakyat dan seolah-oleh mengatakan ‘Rasuah OK!’. Ia sememangnya menolak agenda reformasi yang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia selama lebih sepuluh tahun.

“Selepas empat tahun perbicaraan dan penggunaan dana awam, orang ramai mengharapkan perbicaraan yang adil. Untuk mengatakan bahawa kes itu boleh dibicarakan semula pada masa hadapan seolah-olah mempersendakan sistem keadilan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, Ahmad Zahid dilepas tanpa bebas daripada 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang mana beliau adalah pengasasnya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.

Presiden UMNO itu dihadapkan ke mahkamah pada 2018 manakala perbicaraan bermula pada 2019 dengan mendengar keterangan 99 saksi pendakwaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×