Bahulu pecah lapan laris sempena PRK

Bahulu pecah lapan laris sempena PRK

RAWDIAH Daud menunjukkan kuih bahulu pecah lapan yang menjadi pilihan orang ramai di Muar, Johor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang pengusaha kek dan roti tidak menang tangan menyiapkan kuih bahulu pecah lapan selepas menerima tempahan pelbagai pihak sebagai cenderahati kepada orang ramai yang ke sini sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, sejak 26 Ogos lalu.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Rawdiah Daud, 68, berkata, peningkatan jualan seperti itu hanya berlaku ketika ada keramaian di sekitar Bandar Muar.

Dia yang mengusahakan kedai Kek Sri Tanjung di Kampung Sri Tanjung di sini sejak lebih 10 tahun lalu, memang sudah sinonim dengan tempahan melebihi kemampuannya setiap kali berlaku pilihan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa-masa lain, permintaan hanya meningkat ketika musim perayaan dan selepas itu jualan sekadar cukup makan.

“Kekurangan pelanggan pada hari-hari biasa dipercayai kerana kedai ini berada agak jauh dari pusat bandar yang menjadi kawasan tumpuan orang ramai,” katanya.

Menurut Rawdiah, selain kuih bahulu pecah lapan, turut diusahakannya adalah pelbagai jenis roti berinti, bahulu cermai, kek lapis Sarawak dam lain-lain.

“Kami sangat berharap kepemimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang menjadi wakil rakyat nanti mencari inisiatif terbaik untuk membantu meningkat jualan peniaga seperti kami.

“Jika hanya bergantung harap kepada musim keramaian untuk menjana pendapatan lebih, sudah pasti sukar mengembangkan perniagaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×