Negara perlu suntikan tambahan lonjak KDNK - Utusan Malaysia

Negara perlu suntikan tambahan lonjak KDNK

AMRO menjangkakan ekonomi negara tumbuh melepasi unjuran awal 4.7 peratus. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekonomi negara memerlukan suntikan tambahan jika mahu unjuran empat hingga lima peratus dicapai tahun ini susulan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan pertumbuhan sederhana 2.9 peratus bagi suku kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini setelah Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan ekonomi diunjurkan berkembang hampir kepada julat KDNK yang lebih rendah, namun pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri berikutan peningkatan guna tenaga dan pendapatan, pelaksanaan projek serta peningkatan jumlah pelancong.

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour mengakui terdapat risiko pertumbuhan ekonomi menjadi semakin perlahan berpunca terutama daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan.

Bagaimanapun, katanya, terdapat kemungkinan pertumbuhan ekonomi menjadi lebih tinggi jika faktor seperti akti­viti pelancongan menjadi lebih kukuh daripada jangkaan serta projek kerajaan dilaksanakan lebih pantas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Pembangunan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menyifatkan, peratusan suku kedua lebih rendah daripada suku pertama bukanlah sesuatu yang membimbangkan kerana faktor permintaan luaran yang perlahan memberi kesan kepada semua negara secara global.

PERTUMBUHAN

Justeru, beliau menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara tidak banyak berubah pada suku ketiga namun ia masih boleh ditingkatkan melalui suntikan tertentu seperti perbelanjaan kerajaan, pelaburan dan eksport.

“Peratusan yang dicatatkan pada suku tahun kedua ini akan kekal pada suku ketiga, atau kemungkinan naik sedikit tetapi tidak akan mencapai peratusan setinggi suku pertama.

“Namun, anggaran pertumbuhan antara 4 dan 5 peratus untuk tahun 2023 masih lagi boleh dicapai,” katanya ketika dihubungi.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid juga menyifatkan, ekonomi negara cukup terkesan dengan kedudukan ekonomi global.

Katanya, pengguna akan le­bih berhati-hati untuk menggunakan kuasa beli dan ia akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara jika tiada perubahan dilakukan oleh kerajaan.

Semalam, ekonomi dilaporkan berkembang sederhana pada suku kedua 2023 kepada 2.9 peratus berbanding 5.6 peratus pada suku kedua 2023 disebabkan permintaan luaran lebih perlahan, eksport barang perlahan, pengeluaran sektor pertanian dan perlombongan terjejas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN