PN tak patah semangat di Rantau – Rozmal

PN tak patah semangat di Rantau – Rozmal

ROZMAL MALAKAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah

KAWASAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau boleh disifatkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Di atas kertas, penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat mempunyai banyak kelebihan namun bagi lawannya dari Perikatan Nasional (PN), ROZMAL MALAKAN, 58, itu tidak akan mematahkan semangatnya.
Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau berkongsikan harapannya kepada wartawan Utusan Malaysia, ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI untuk mencipta kejutan di kerusi tersebut.

 

UTUSAN: Bagaimana proses kempen setakat ini di Rantau?

ROZMAL MALAKAN: Alham­dulillah semuanya berjalan de­ngan baik, tetapi undi nanti saya tidak tahu macam mana, bagaimanapun sambutan yang diterima sangat baik, orang ramai sama ada orang Melayu, Cina dan India boleh menerima kehadiran PN di sini.

Bagaimana dengan persiapan dilakukan?

Kami ada jentera dan jadual telah disusun oleh bilik gerakan. Saya ikut sahaja apa yang telah disusun itu. Saya cuma perlu bersedia daripada segi emosi dan fizikal untuk berjumpa pengundi mengikut jadual yang te­lah disusun tersebut.

Apakah antara isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat?

Banyak isu yang dibangkitkan termasuklah berkaitan penyelenggaraan jalan, jalan berlubang, lampu tidak berfungsi sampah bersepah, isu anjing dan masalah pembentung jalan yang sudah runtuh.
Ada perkara yang laporan sudah dibuat lama namun tiada tindakan, walaupun nampak benda kecil namun apabila ia tidak boleh diselesaikan jadi pengundi rasa kurang selesa.

Apa keyakinan tuan untuk memenangi kerusi Rantau?

Setakat ini saya hanya dapat berjumpa kira-kira 25 hingga 30 peratus mengundi, kita tunggu satu hingga dua hari lagi dan dapatkan data sebenar sokongan tetapi sokongan saya lihat memang terdapat ada penambahan.

Sekiranya diberikan mandat, apa perancangan awal yang akan dilakukan?

Perancangan saya adalah untuk mengumpul semua masalah yang ada di DUN Rantau. Kita tidak akan mengubah secara drastik struktur yang ada dan kita akan bincang dahulu.
Kita akan perbaiki hubungan antara pemimpin dan masyarakat ketua kampung Cina dan India kemudian baru kita boleh selesaikan masalah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN