Bicara yang baik atau lebih baik diam - Utusan Malaysia

Bicara yang baik atau lebih baik diam

Buku Bicaralah Yang Baik Ataupun Diam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jangan berbicara ketika sedang marah. Kerana ketika itu bukan kamu yang sedang berfikir, tetapi syaitan dalam aliran darahmu mengalir. Redakan dengan zikir.

Begitu juga ketika marah, jangan bercakap. Ketika bercakap, jangan menggunakan amarahmu. Dengan begitu, tidak sepatah kata pun yang akan engkau kesali.

Penulis, Iqro’ Firdaus dalam buku Bicaralah Yang Baik Ataupun Diam menceritakan tentang keperibadian seseorang itu daripada segi percakapan, pertuturan dan perbuatan.

Tak semua orang boleh jaga setiap percakapan yang keluar daripada mulut jadi buku ini menerangkan kepada pembaca dan masyarakat untuk berbicara yang baik-baik dengan sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan.

Terdapat dua bab yang membicarakan dengan mendalam tentang Membentuk Peribadi Yang Baik Melalui Ucapan dan Ingin Menjadi Pembaca yang Baik? Tirulah gaya Nabi Muhammad SAW.

Penulis menjelaskan bagaimana percakapan boleh menjadi mulia dan sebaliknya serta mengajar pembaca untuk berbicara secara sederhana, ringkas dan padat seperti cara Rasulullah SAW ketika menuturkan kata.

Kebanyakannya apabila sebut mengenai mulut, semua orang boleh bercakap tentang baik atau buruk seseorang.

Sebagai hamba Allah, penulis mahu pembaca berlapang dada dengan apa yang orang lain cakap mengenai kita atau untuk bahasa mudahnya, lebih baik diam.

Penulis menyatakan jika percakapan kita membawa manfaat dan kebaikan kepada orang, maka bercakaplah perkara yang baik.

Ada setengah orang, apabila marah, dia akan mencarut, memaki dan sebagainya, sedangkan ia tidak wajar dilakukan.

Naskhah ini turut mengisahkan percakapan yang ‘lagha’, sia-sia dan tidak bermanfaat.

Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat dalam ‘mendidik’ mulut kerana apa yang dibicarakan, dilakukan akan dipertang­gungjawabkan dan menjadi saksi di akhirat kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×